Remote Freelancing Opportunities
Pengawal Kualiti Transkripsi (QC) - BAHASA MELAYU
Kami mencari orang yang berminat untuk bekerja sebagai Pengawal Kualiti Transkripsi Bahasa Melayu (QC). Jawatan ini berdasarkan ‘freelancing’ dan QC akan dibayar mengikut tempoh (minit) audio/video.
Tanggungjawab:
- Muat turun transkrip yang telah dilengkapkan dan periksa samada transkrip tersebut menggunakan templat dan/atau format yang tepat
- Periksa kesalahan ejaan dan kesalahan tatabahasa (bergantung kepada format)
- Selidik kata-kata khusus industri yang tidak diambil kira dalam transkripsi yang diperiksa
- Lengkapkan kata-kata yang tidak ketara dengan mendengar audio/video secara berulang kali
- Berhubung dan menyampaikan maklum balas kepada penyunting bagi pembetulan yang diperlukan
Kelayakan:
- Akses ke internet
- Pengalaman menggunakan Microsoft Word
- Kemahiran tatabahasa (baik hingga cemerlang)
- Perhatian terhadap perincian
- Kesefahaman/empati terhadap orang kurang upaya
Bonus:
- Anda mempunyai sikap positif
- Anda mempunyai daya pemikiran yang kreatif dan boleh bekerja tanpa penyeliaan
- Anda mempunyai pelbagai pengetahuan umum
Anda tidak perlu mempunyai pengalaman dalam kerja transkripsi. Namun, anda sekurang-kurangnya harus mempunyai minat terhadap sifat pekerjaan tersebut dan mempunyai kerelaan untuk belajar.
Kami mengalu-alukan segala permohonan. Walau bagaimanapun, keutamaan akan diberikan kepada Orang Kurang Upaya (OKU) dan golongan minoriti.
Sekiranya anda berminat, sila isi dan hantarkan borang Google ini kepada kami. Pada peringkat awal permohonan ini, kami hanya memerlukan alamat e-mel dan / atau nombor telefon bimbit anda bagi tujuan perhubungan.